Thursday 7 February 2013

KISAH TURUN BERAT BADAN :)



Salah seorang insan yang berpuas hati dengan Herbalife, siap buat review di blog beliau.. Cerita beliu sanagt memberi inspirasi kepada saya :) this is her story..selamat membaca.. (boley bace penoh di blog beliau http://perempuanjomblo.blogspot.com/

Bermula lah kisah....

"Ketahuilah, aku pikir banyak kali sebelum up nukilan sebegini.

Okaylah,

ramai emel, komen dan mesej aku di FB bertanya tips menurunkan berat badan. (siapa pernah tanya angkat tangan!). Korang pun tahu aku jarang bercerita tentang diri sendiri. Tapi takpe kali ni aku memang nak kongsi dengan harapan aku dapat lead kamu (pembaca) bersama-sama jalani gaya hidup sihat.

Terus terang dulu aku pernah cecah berat 82kg. Macam aku cakap, nak jadi manusia yang gemuk dan gembira bukan lah perkara yang mudah. Kadang-kadang ada rasa taknak keluar jumpa orang. Taknak bersosial. Teringin nak pakai itu ini tapi tak muat. Takkan nak shopping kat butik plus size? (Bisik hati kecil ku. ewah)

Aku dah cuba macam-macam cara sebenarnya. Tapi kekangan masa ber anak dua memang sungguh tidak mengizinkan. Aku pernah pergi gym time lunch hour penyudahnya jam 8.00 malam aku dah rasa letih satu badan sementara anak-anak aku yang masih kecil masih belum tidur dan perlukan servis aku sebagai mak diorang. Aku cuba pergi after office, aku malu sebab gym bercampur. Ramai lelaki. Ya semenjak akhir-akhir zaman ni memang tiba-tiba wujud rasa malu. Dulu tak pun. Mungkin sebab dah start pakai tudung. Apa-apa je lah.

Ni bukan alasan sebab aku malas. Tapi serius memang kekangan masa sangat tak mengizinkan. Dulu aku sangat rajin pergi gym. Walau penurunan tak banyak tapi aku set dalam kepala otak aku, aku bersenam sebab nak SIHAT SEMATA-MATA. Aku kontrol makan. Aku kira kalori walau lama-lama meletihkan tapi aku gagahkan juga.

Tapi kisah berubah lepas aku dah ada anak lagi sorang. Sumpah aku tak ada masa. Otak aku letih nak kira-kira. Nak terkejar-kejar pergi gym. Balik rumah terus melompat sambut Natrah dan ya, selalu jugak aku tertidor dengan office attire tudung tak cabut lagi. Sedih.

----------

Sebelum ni aku ada berbual-bual wassap dengan kawan aku. Tentang wajar ke tidak kalau kami cuba Herbalife. Berkira-kira jugak sebenarnya. Dulu aku pernah consume sekali. Masa tu nak kawen kononnya. Berat naik sampai 70kg. Tapi masa tu aku consume main-main. Nak jimat aku ambil Shake dia je. Saja nak cuba-cuba. Tapi memang masa tu kurang pengetahuan dan kurang bimbingan. Jadi memang ke laut la usaha aku. Maka naik lah aku pelamin dengan berat 70kg jugak. Nasib baik tak roboh pelamin tu.

Aku fikir masa tu takpe la gemuk. Asal suami sayang. Asal muka comel. Pui.

Sampai lah pada satu hari tu aku kena direct satu project photoshoot kat opis aku. Selepas sesi fotografi settle seperti biasa aku memang gasak nak ber-cam-whore, dan aku sangat eksaited macam biasa. Aku pakai prop. Aku melompat-lompat. Dan aku (was)sungguh gembira sampai tak sabar nak suruh fotografer aku transfer gamba dan bila aku tengok hasilnya...

         

maaaacam haram. Ini gambar yang paling munasabah. Yang lain semua mengaibkan. Ya masa ni aku 82kg. (Untuk tujuan maruah dan martabat, gamba muka mamat kat sebelah tu terpaksa aku pecahkan kan camtu)

Aku memang kena buat sesuatu.  Aku jadi nekad. Jadi aku kenalpasti masalah aku.

1) Nak bersenam. Boleh. Tapi tak dapat hari-hari. Seminggu sekali pun susah. Takda masa. 
   Anak kecik lagi. Kerja opis banyak. Balik lambat. Senang cerita susah. Masalah sungguh.
2) Nak jaga makan. Pun boleh. Tapi aku persoalkan, sejauh mana ketepatan kalori yang kita 
   makan dalam nasik. Contoh kita amik mihun sup sehari-hari, mungkinkah kandungan 
   kalori berbeza? Hari ni tah-tah acik kantin terlebih minyak dalam sup? Katalah sarapan 
   ringan, seringan mana yang aku mampu? Kira kalori. Good idea. Larat sampai bila? 
   Kenyang ke?
3) Jangan makan nasik. Cut carbohidrat. Kerja gila. Atkins diet. No no no. Tidak tidak 
    tidak. Aku pernah atkins diet dulu. Turun la. Tapi lepas rindu ngan nasik, makan balik 
    dengan kuantiti normal, terus naik double. Pui.
4) Prepare sendiri makanan supaya kita tau apa yang kita bubuh time masak? Sebab korang 
    pun tau proses food kan tak sihat sangat. Kita tak tau apa orang kedai masak untuk kita. 
    Kalau banyak sangat makan kat kedai kan tak elok. Aku pernah baca satu diet plan sajes 
    makan sosej semata-mata nak elak karbohidrat. Oh my lemak.

Lepas tu aku kenali diri aku. Apa yang aku selalu dan sanggup buat?

1) Lite breakfast. Aku memang selalu ambil breakfast yang ringan. Jarang sangat makan 
    sarapan berat.
2) Tak boleh tengok nasik campur lauk minang sambal terung ikan bilis telur ikan ayam 
    goreng kicap daging masak lemak cili padi peh. Ya, aku nak nikmati hidup makan macam 
    orang biasa. Macam yang aku selalu lakukan sejak aku kecik. Aku orang kampung so aku 
    memang nak makan nasik macam penduduk kampung di Malaysia yang lain.
3) Jarang makan malam. Tapi akhirnya lapar jam 10-11 dan mula korek kabinet dapur kalau 
    aku tidur lambek la.
4) Well, aku memang rajin minum air 3 litre sehari paling sikit. Korang kena tau, setiap 
    25kg badan korang perlukan 1 litre air.
5) Sanggup berdisiplin. Ya, apa-apa jenis benda pun, takde disiplin-memang-tak-ada-hasil.

Oleh itu...maka bermula lah perjalanan hidup aku dengan HERBALIFE.

 


Hari pertama Herbalife sampai ke pejabat aku. Gambar kanan adalah hari pertama aku mulakan hidup dengan herbalife. Dengan berat 82kg. Bermula 15 Oktober 2012

Apa yang aku suka tentang Herbalife, adalah ia benar-benar 'masuk' dengan hidup aku. Bukan macam satu extension semata-mata. Maksud aku, aku takde la perlu sebelum breakfast, kena telan shake. Sebelum lunch, kena telan shake lagi. Sebelum dinner pun sama. Oh siksa dan penat kot macam tu? Herbalife ni macam satu elemen yang aku boleh slip dalam hidup aku dengan mudah. Makanan gantian yang lebih sihat dengan 55 nutrisi daripada aku sarapan dan dinner merapu rapu. Ya, ianya adalah MAKANAN.

Itu satu, sebab kedua, ianya sedap. Tak tau la bagi orang lain, tapi bagi aku kalau dah pernah gemuk tu selalunya memang jenis terima je rasa cemana pun. Tapi takde la payau macam rasa basi ke hamis ke. Senang cerita sedap lah.

Ketiga badan aku bertenaga. Aku dah tak rasa letih melampau. Aku happy. Aku gembira. 

Dan yang keempat yang PALING aku suka, setelah 3 bulan aku hidup dengan Herbalife ni, hasilnya ialah..

 

Berat sekarang, 69kg (ha mampu aku disclose berat sendiri macam ni? Rare tak rare tak? kikikiki)
dan sikit lagi nak dapat target weight iaitu 64kg. Korang doa-doa la aku dapat 60kg pulak lepas tu. hehehe. Dan masih ada lagi lemak-lemak sana-sini tapi inshaAllah aku yakin selagi aku komited dan sabar, lama-lama hilang jugak.

Hasilnya takde la segedebuk sebulan aku boleh hilang 10kg. Sebab apa yang aku sangat faham tentang Herbalife ni adalah ianyaMakanan tambahan yang kaya nutrisi yang membantu aku makan dengan betul. Faham? Tapi sebulan 4 kg turun, not badjugak kan?

Secara kesimpulannya, aku memang jatuh cinta sungguh lah dengan HERBALIFE ni. Aku takkan toleh mana-mana dah. Aku kasi 5untuk kesekian kalinya. Dan aku sangat rekemen kat korang yang pernah ada masalah yang sama macam aku sebelum ni.
          
                    
Alhamdulillah hebat kan nutrisi nih..perghhh amaziningness sangat!!! Dari xde shape teros lawaness awww2x!! paling penting makin sihat, self-confident ponnn makin tinggi.. :) lose weight now ask me how :)